Apakah itu Kad Hijau CIDB?

Bagi mereka yang bekerja di tapak binaan pasti sudah tahu apa itu kad hijau CIDB. Kad ini mengesahkan bahawa pekerja ini layak dan lulus dalam menjalani induksi atau latihan yang disyaratkan oleh CIDB bagi semua pekerja binaan di Malaysia terutamanya di Ipoh, Perak.

Kad hijau juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain yang dinamakan di dalam kad tersebut.

Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520 (Pindaan 2011)- Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personal Binaan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke atas berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.

Apakah Latihan Yang Diberi?

Latihan yang diberi memfokuskan kepada isu keselamatan di tapak binaan terutamanya di Ipoh, Perak. Latihan ini amat penting untuk memberikan kesedaran kepada pekerja binaan tentang bahaya dan risiko yang amat tinggi di tapak binaan terutamanya di bandar yang sedang membangun seperti Ipoh, Perak. Latihan ini juga diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan serta menerapkan amalam-amalan selamat yang wajar dipraktikan oleh semua pekerja binaan.

Terdapat 2 isu penting yang sering ditekankan dalam latihan antaranya adalah UA (unsafe act) atau perbuatan kurang selamat dan UC (unsafe condition) atau kondisi kurang selamat.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pekerja untuk mengelakkan UA sebagai contoh tidak memakai Personal Protection Equipment seperti helmet, sarung tangan, dan kasut yang bersesuaian semasa berada di tapak binaan. Selain itu, majikan pula perlu memastikan kondisi/keadaan ditapak binaan jauh dari UC. Bagi memastikan keadaan ini dikawal, pegawai keselamatan dipertanggungjawabkan bagi memantau keadaan di tapak binaan.

Siapakah yang Memberikan Latihan?

Latihan akan dikendalikan oleh jurulatih atau konsultan yang berpengalaman dalam bidang ini menerusi pusat latihan di Ipoh, Perak yang diiktiraf oleh CIDB. Latihan ini mengambil masa selama satu hari sahaja. Kad Hijau CIDB bagi warganegara Malaysia sah untuk tempoh 1-5 tahun sahaja. Manakala, kad hijau CIDB bagi bukan warganegara sah untuk tempoh 1-2 tahun sahaja.

Perlindungan Insuran Menerusi Kad Hijau

Antara faedah tambahan memiliki kad hijau ini termasuklah perlindungan insuran takaful. Perlindungan ini meliputi faedah kematian dan kecacatan kekal.

Kuatkuasa Undang-Undang

Bermula dari 1hb Jun 2015, semua pekerja tapak binaan diwajibkan untuk mendaftar sebagai Personel Binaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 33, Akta 520. Untuk kesalahan berada di tapak binaan tanpa Kad Hijau ini akan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 33 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000. Selain daripada itu, adalah diwajibkan kepada semua pekerja binaan termasuklah warganegara dan bukan warganegara untuk mendaftar dengan CIDB sebelum menerima mana-mana tawaran untuk berkerja di tapak binaan. Sesiapa yang gagal untuk berbuat demikian, hukuman akan dikenakan di bawah Seksyen 25 dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000.

Oleh yang demikian, jika anda adalah perkerja atau pemaju yang ditugaskan untuk bekerja di tapak binaan terutamanya di Ipoh, Perak, pastikan isu ini diambil berat oleh anda. Sila pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau. Jika anda masih tidak mempunyai Kad Hijau sila lakukan segera kerana penguatkuasaan sedang giat dijalankan. Bertindak sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *